Sunday, 26 November 2017

Supplement Tekanan Darah Tinggi

Assalammualaikum wbt semua..

Tekanan Darah tinggi amat menakutkan semua. Boleh menyerang bila-bila masa jika tidak menjaga pemakanan seharian.

Jom baca sedikit

Bacaan Darah Tinggi

Meskipun mempunyai pelbagai simptom yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi, kebanyakkan dari kita tidak sedar bahawa kita mempunyai sakit darah tinggi kecuali melalui pemeriksaan dengan pakar. Dengan menggunakan peralatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi, 2 jenis bacaan akan diambil iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.
  • Systolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.
  • Diastolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaan Diastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

Simptom-simptom Tekanan Darah Tinggi

Di antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah:
  • Kerap sakit kepala.
  • Mudah penat atau keliru.
  • Masalah penglihatan.
  • Sakit dada.
  • Sukar bernafas.
  • Degupan jantung luar biasa.
  • Darah di dalam air kencing.
Jika anda ada salah satu daripada simptom tekanan darah tinggi di atas, segeralah berjumpa doktor. Anda mungkin menghadapi krisis hipertensi yang mengakibatkan serangan jantung ataupun strok.
darah-tinggi-effect
Masalah hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kepada penyakit yang lebih serius seperti strok, kegagalan jantung, serangan sakit jantung, menjejaskan penglihatan mata, serta kegagalan buah pinggang. *Sumber: webmd.com, mayoclinic.org, NIH

Bagaimana Suplemen Bantu Kawal Tekanan Darah Tinggi?

Inilah di antara vitamin dan mineral penting yang kami sarankan untuk bantu mengawal tekanan darah tinggi. Di dalam kurungan ialah suplemen dari Shaklee.

(1) Asid Lemak Omega-3 (OmegaGuard)Asid Lemak Omega-3 bantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan triglycerides, melambatkan pembentukan plak di dalam salur arteri, serta meregulasikan kadar degupan jantung supaya tidak menjadi luar biasa.

(2) Bawang Putih (Garlic Complex) – Bawang putih bantu mencairkan darah, membersihkan darah, dan melancarkan pengaliran darah. Kajian perubatan membuktikan bawang putih bantu menenangkan saraf dan menguatkan jantung. Pengambilan suplemen bawang putih (seperti Garlic Complex) dalam jumlah yang sesuai, bantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan, sekaligus bantu menurunkan tekanan darah tinggi.
 
 


(3) Kalsium-Magnesium (OsteMatrix) – Kalsium dan Magnesium berfungsi seperti elektrolit; bermakna ia memberi impak kepada jumlah air di dalam badan, beri kesan kepada pH di dalam darah, serta memainkan peranan penting dalam kontraksi dan rehat sel otot jantung. Kalsium dan Magnesium mineral penting untuk meregulasikan degupan jantung dan tekanan darah.

(4) Vitamin C (Sustained Release Vita-C) – Vitamin C penting untuk melindungi pembuluh darah supaya menjadi lebih elastik, sekaligus bantu pengaliran darah menjadi lebih baik. Apabila salur darah dipenuhi kolesterol, plak kolesterol ini akan menempel di dinding salur darah. Tanpa Vitamin C yang cukup, salur darah menjadi kurang elastik, dan lama kelamaan menjadi keras dan mudah pecah. Mereka yang mengalami salur darah pecah seperti pesakit strok adalah disebabkan salur darah mereka tidak lagi elastik, kerana plak kolesterol yang menebal.
Kelebihan Sustained Release Vitamin C ialah 100mg Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan setiap 1 jam selama 5 jam. Jadi, badan kita boleh menyerap sepenuhnya khasiat Vitamin C.


Sebarang Pertanyaan Boleh tinggalkan di komen atau wassap mar 0137029476

Supplement Tekanan Darah Tinggi

Assalammualaikum wbt semua.. Tekanan Darah tinggi amat menakutkan semua. Boleh menyerang bila-bila masa jika tidak menjaga pemakanan sehar...